Friday, February 19, 2016

Le Tour De Langkawi Malaysia

Pemakluman Jalan Ditutup Semperna Le Tour De Langkawi

GEORGETOWN: Beberapa jalan utama di

Pulau Pinang akan ditutup pada 25

Februari ini sempena perlumbaan Le Tour

De Langkawi 2016. Ketua Jabatan

Ketenteraman Awam negeri,

Superintendan Roslan Ali, berkata

penutupan jalan bermula dari Machang

Bubuk di Seberang Prai Tengah hingga

Padang Kota Lama sejauh 100.5

kilometer (km)...

  "Antara laluan yang akan ditutup secara

berperingkat adalah dari Machang Bubuk,

Simpang Ampat, Jambatan Sultan Abdul

Halim Muadzam Shah, Batu Maung, Balik

Pulau, Teluk Bahang, Batu Feringghi,

Tanjong Tokong, Persiaran Gurney dan

Padang Kota Lama.

  "Laluan di kawasan Machang Bubuk

akan ditutup mulai jam 10.30 pagi

manakala kawasan lain secara

berperingkat sehingga garisan penamat di

Padang Kota Lama pada jam 1 tengah

hari.

  "Sementara itu, jalan di sepanjang

Padang Kota Lama akan ditutup pada 25

Februari mulai jam 12 tengah malam,"

katanya pada sidang media di Ibu Pejabat

Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, petang tadi.

  Jalan yang ditutup sekitar Padang Kota

Lama adalah Jalan Pengkalan Weld,

Lebuh Pantai, Bulatan King Edwards,

Jalan Lebuh Light, Jalan Sultan Ahmad

Shah, Lebuh Farquhar, Jalan Transfer,

Jalan Arraton, Jalan Pangkor, Persiaran

Gurney, Jalan Kelawei dan Tanjung Tokong.

  Roslan berkata, pihaknya menempatkan

31 pegawai dan 955 anggota sepanjang

perlumbaan...

  "Orang ramai diminta mematuhi arahan

anggota polis yang dibantu Jabatan

Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis

Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan

Majlis Perbandaran Seberang Perai

(MPSP) bagi memastikan proses

penutupan laluan sementara berjalan

lancar," katanya.

No comments:

Post a Comment